Saturday, January 17, 2009

Makan-makan

mee siam ni kena makan cepat sikit...kalau tak kembang...memang sedappp
Bole habis ke tu?...

Hafiz & Iza...



Malam Jumaat lepas aku & family decide nak makan kat luar. Lokasi pilihan ialah Restoran Nyonya Kitchen di Plaza Masalam Shah Alam.


Apa nak makan ni? Masing-masing tak tahu nak makan apa. Hafiz pilih nak makan Mee Kari dgn Ice lemon tea. Aku suggest makan nasi tapi dia refused. Bukan apa, lately ni dia kuat makan. Badan dah makin kembang aku tengok. Mana taknya...sebelum tidur mesti nak makan dulu kalau tak ...takleh tidur. Paling tidak pun pekena roti dgn susu. Mana la badan tak naik. Aku ngan iza pilih nak makan mee siam dan Claypot beancurd. Memang sedap...agak lama juga tak makan mee siam ni...tapi kena makan laju sket sebab takut mee kembang...Air aku order teh tarik la apa lagi...sehari tak dapat teh tarik boleh demam woo...

2 comments:

Anonymous said...

hehe...asik tukar nama blog je.. org baru lepas promote kat memember... dahhh tukar nama lagi..

Azmi Ramli said...

takpe..promote la lagi..