Tuesday, January 27, 2009

Masak lomak cili api

Kek restoran Nelayan Seremban

sambal ikan bilis (sambal gesek) dan tempoyak

masak lomak telur itik

Ikan baung masak lomak...terangkat beb!!!


Sabtu lepas pergi Melaka. "Elite" clear tapi jam setiba di Plus dekat Nilai. Biasa la...CNY. Ramai ambil kesempatan balik kampung sempena cuti 4 hari.

Jam menunjukan pukul 1.30pm. Perut dah mula keroncong. Teringat Restoran Nelayan kat Seremban. Lagi la lapar bila teringat makanan yg ada kat situ. Bagi penggemar masakan negori a.k.a masak lomak cili api, pasti tak lepaskan peluang untuk menjamu selera. Macam-macam ada...daging rusa, ikan baung, burung puyuh, ikan sembilang salai, telur itik (Hafiz cukup suka yg ni), ayam kampung dan byk lagi. Tu tak masuk lagi sayur ulam. Memang puas hati kalau makan kat sini.

Taip bahagian pos selebihnya di sini
Tujuan sebenar ke Melaka nak tengok anak sedara baru. Aku panggil "asan jr" je la sebab nama takde lagi...to be continued!

No comments: