Friday, January 9, 2009

Rally rise for Gaza


Salam,
Aman Palestin akan mengadakan rally Rise For Gaza di Stadium Melawati Shah Alam pada 10 Jan '09 (Sabtu), 10pg. Tlg kerahkan seramai mungkin termasuk anak2 utk tunjukkan keprihatinan. Al-Jazeera TV akan buat liputan. Kalau boleh bawa placard, banner atau kain rentang in English or Malay. Sebarkan. !!!!


Perhimpunan umum untuk "Selamatkan Gazza" ini menjemput semua pertubuhan termasuk parti politik (PAS,UMNO) dan NGO Islam bagi menunjukkan sokongan kuat dan kukuh menyatakan harapan dan pendirian rakyat malaysia disamping mengutip dana bagi menyelamatkan mangsa peperangan yang sedang berlaku. Kehadiran Tun Mahathir juga sedang diusahakan.InsyaAllah akan ada Rakyat Palestin di Malaysia yang memang menetap di Gazza akan berucap bagi menerangkan situasi sebenar di sana.Mudah-mudahan semua program yang sedang rancak dijayakan oleh semua badan-badan Islam samada secara bersama atau bersendirian akan terus diberi kejayaan dan sokongan penuh umat Islam dan rakyat Malaysia amnya demi mempertahankan tanahair Islam Palestin yang masih dijajah oleh Regim haram Israel dan sekutu-sekutunya."Kita mungkin bukan seorang Akh Muslim Mukmin yang paling soleh dan paling baik, akan tetapi kita boleh berusaha memberi yang terbaik dari diri kita yang hina ini bagi kebaikan Islam dan umatnya. Moga dengan amal yang sedikit ini akan dilihat dan dinilai berat di sisi Allah Azza Wajalla dan menjadi asbab kepada rahmat Allah SWT untuk ke syurgaNya'.Fatwa terkini S Yusuf Al-Qaradhawi " ..wajib ke atas semua umat Islam mempertahankan dan membebaskan Gazza".


Anjuran: Aman Palestin
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.Tempat: Stadium Melawati Shah Alam

Objektif:

1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Mengutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.


Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

No comments: