Saturday, January 10, 2009

Maaf...jiranku!!!


Hari ni plan nak pergi ke stadium Melawati tak kesampaian sebab kaki iza sakit, tergeliat di pergelangan kaki di Plaza Masalam semalam semasa nak beli baju pendidikan jasmani Hafiz.

Aku tengok iza sedang menahan sakit sebab terjatuh betul-betul depan kedai Profesor. Kesian lak aku tengok. Kebetulan kawasan tu sedang renovate utk pasang tile baru. Ada lantai yg tak siap pasang tile lagi. Budak kedai tu cakap sebelum ni dah ada org tergolek kat situ. Haru betull...Taip bahagian pos selebihnya di siniKat belakang rumah aku tengok pokok yg ditanam oleh jiran ditepi pagar tu semakin hebat menjalar. Aku tak tau nama pokok tu. Dengan konfidennya aku pun apa laei, cantas la apa yg patut. Nasib baik iza jenguk aku kat belakang, kalau tak mau "gonjeng" aku kerjakan. Jiran aku sednag sibuk cantas rumput depan rumah. Aku gagahkan diri bagitau yg aku nak cantas sikit pokok kat belakang tu. Aku tengok jiran aku tu pun rasa serba salah gak. Ye la, pokok yg diorang tanam tu dah menjalar sampai ke kawasan rumah aku. Tergerak lak nak tanya pokok apa yg diorang tanam...la pokok kacang botol rupanya...aku ingatkan pokok apa tadi...Sedang aku asyik cabut rumput, terfikir juga apa kata jiran aku nanti. Takut diorang kata aku takleh terlebih-terkurang. Baru menjalar sikit dah bising. Dilema betul!!!..Tak sampai hati lak nak cantas habis. Aku buat keputusan biarkan je pokok tu...Aku cakap kat iza, nanti kita pi beli la apa2 yg patut bagi kat jiran tu...hehe...sori jiranku!

1 comment:

Anonymous said...

takpelah..at least dah bagi tau kat dia sebelum potong tu..