Friday, January 30, 2009

Jalan-jalan kota Melaka

Atas bot menyisir sungai Melaka... "Kg Morten"


Pekena cendol kat bandar hilir...mmg sedap!!!!


Aku dapat anak buah baru. Nama tak tau lagi. Dengar cite atok die dah panggil Adam. Hentam la labu...Adam pun Adam la. Best apa nama tu!!! Sampai Melaka dalam jam 3 ptg. Pi cari hotel la dulu. Mana tau kot-kot ada kosong. Bole tidur semalam kat sini. Cari punya cari dapat la hotel orkid dengan harga rm200. Ok la tu...Janji dgn kaklong nak pi tengok baby dalam pkl 4pm. So, apa lagi ...ronda-ronda la.
Malam kitorang pergi naik bot menyisir sg melaka. Harga untuk dewasa rm10 & knk2 dalm rm5. Bot tu tak la besar mana. Bole la tampung dalam 20 org. Aku perhatikan semua kedai-kedai lama tu diorang cat semula bagi nampak cantik...lampu pelbagai warna dipasang bagi mencantikan lagi pemandangan di waktu malam. Tapi aku rasa waktu siang mesti nampak sampah sarap kat tepi sg tu. Apa-apa pun aku & family mmg enjoy malam tu...

Wednesday, January 28, 2009

Berakhirnya penantian kengkawan!!!


Dari kiri: Azam, aku & Hafiz, Faithzal a.k.a MatNyu, Dino & anak dan Hashbullah & anak
"Selamat pengantin baru"
Akhirnya...kahwin juga sahabat aku ni...Alhamdulillah.



Tuesday, January 27, 2009

Masak lomak cili api

Kek restoran Nelayan Seremban

sambal ikan bilis (sambal gesek) dan tempoyak

masak lomak telur itik

Ikan baung masak lomak...terangkat beb!!!


Sabtu lepas pergi Melaka. "Elite" clear tapi jam setiba di Plus dekat Nilai. Biasa la...CNY. Ramai ambil kesempatan balik kampung sempena cuti 4 hari.

Jam menunjukan pukul 1.30pm. Perut dah mula keroncong. Teringat Restoran Nelayan kat Seremban. Lagi la lapar bila teringat makanan yg ada kat situ. Bagi penggemar masakan negori a.k.a masak lomak cili api, pasti tak lepaskan peluang untuk menjamu selera. Macam-macam ada...daging rusa, ikan baung, burung puyuh, ikan sembilang salai, telur itik (Hafiz cukup suka yg ni), ayam kampung dan byk lagi. Tu tak masuk lagi sayur ulam. Memang puas hati kalau makan kat sini.

Taip bahagian pos selebihnya di sini
Tujuan sebenar ke Melaka nak tengok anak sedara baru. Aku panggil "asan jr" je la sebab nama takde lagi...to be continued!

Tuesday, January 20, 2009

Ada masalah penghadaman?


Anda ada masalah penghadaman? Buasir? Sembelit? Buang tak lawas? Jangan risau. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya!


Taip bahagian pos selebihnya di sini
Kita biasa dengar orang cakap kebanyakkan penyakit berpunca daripada perut. Macam-macam yg masuk...kari, minyak, mee goreng, ayam goreng, satay, lemang dll. So, mcmana nak cuci perut & usus kita ni. Aku syorkan korang makan Organic vegetable powder ni. Cara nak makan senang je. Campurkan organic tu dengan madu ke, soya ke atau pun jus oren. Semudah ABC...

Sunday, January 18, 2009

Majlis hari lahir

Iza dengan org kuat Restoran Sabak & Dunia Herbs
Birthday girls...baju ada rama-rama pink lagi!!!

Pada yg suka 'steam boat'...cuba di sini...pasti berbaloi dan sedap!!!


Semalam Hafiz sekolah. Kelas ganti untuk CNY nanti. Maknanya budak-budak sekolah Sri Petaling akan cuti seminggu. Sekolah lain cuti seminggu gak ke? Entah ler...Lepas hantar Hafiz, aku dan iza bertolak ke taman melati. Orang kuat Restoran Sabak buat majlis hari lahir untuk anak dia. Bukan org lain pun...sepupu iza.

Taip bahagian pos selebihnya di sini
Majlis diserikan lagi dengan persembahan dr org kurang upaya (penglihatan). lagu-lagu yg disampaikan memang menarik dan menghiburkan. Mcm2 lagu yg dimainkan. Baik irama Malaysia hingga ke lagu pop. Ada satu lagu yg dinyanyikan menarik perhatian aku. Sedap siot...aku tak tau tajuk apa...tapi lagu tu dalam loghat kelate. Tak pernah aku dengar lagu tu kat mana-mana. Pukul 4.30pm aku dan iza terpaksa balik. Nak pi ambik Hafiz kat Pj. Takut jalan jam...faham-faham je la...petang sabtu jalan pasti jam...ramai yg ambil kesempatan lari dari hiruk-pikuk Kl.

Saturday, January 17, 2009

Makan-makan

mee siam ni kena makan cepat sikit...kalau tak kembang...memang sedappp
Bole habis ke tu?...

Hafiz & Iza...



Malam Jumaat lepas aku & family decide nak makan kat luar. Lokasi pilihan ialah Restoran Nyonya Kitchen di Plaza Masalam Shah Alam.


Apa nak makan ni? Masing-masing tak tahu nak makan apa. Hafiz pilih nak makan Mee Kari dgn Ice lemon tea. Aku suggest makan nasi tapi dia refused. Bukan apa, lately ni dia kuat makan. Badan dah makin kembang aku tengok. Mana taknya...sebelum tidur mesti nak makan dulu kalau tak ...takleh tidur. Paling tidak pun pekena roti dgn susu. Mana la badan tak naik. Aku ngan iza pilih nak makan mee siam dan Claypot beancurd. Memang sedap...agak lama juga tak makan mee siam ni...tapi kena makan laju sket sebab takut mee kembang...Air aku order teh tarik la apa lagi...sehari tak dapat teh tarik boleh demam woo...

Friday, January 16, 2009

Short holiday

Tengah tunggu makanan di Ismail ikan bakar di Tg Lumpur
Tengah tension la ni...tak dapat mandi laut di Telok Chempedak...Hujannnnn

Ultraman Cosmos & Ultraman Tiga tengah beraksi...hehehe

Cuti tahun baru tak tahu nak pergi mana...iza booking rest house di Kuantan. Hotel lain penuh...mana nak dapat last minute. Thanks dear...

kerja oh kerja


Tengah biasakan dengan 'jam' di federal highway. Which area? Mana lagi...start dari lepas toll batu 3 sampai ke jambatan sunway...lepas ni jalan clear.

Pukul 7.45 pagi aku dah terpacak kat office. Sorang pun tak terpacul lagi. Jalan 'jam' kot. Ye la...new office...new route. Pasti ramai yang sangkut tengah jalan. Bagi yang naik motor takde masalah la...senyum je sampai office...time hujan je yang masalah.

Saturday, January 10, 2009

Maaf...jiranku!!!


Hari ni plan nak pergi ke stadium Melawati tak kesampaian sebab kaki iza sakit, tergeliat di pergelangan kaki di Plaza Masalam semalam semasa nak beli baju pendidikan jasmani Hafiz.

Aku tengok iza sedang menahan sakit sebab terjatuh betul-betul depan kedai Profesor. Kesian lak aku tengok. Kebetulan kawasan tu sedang renovate utk pasang tile baru. Ada lantai yg tak siap pasang tile lagi. Budak kedai tu cakap sebelum ni dah ada org tergolek kat situ. Haru betull...Taip bahagian pos selebihnya di siniKat belakang rumah aku tengok pokok yg ditanam oleh jiran ditepi pagar tu semakin hebat menjalar. Aku tak tau nama pokok tu. Dengan konfidennya aku pun apa laei, cantas la apa yg patut. Nasib baik iza jenguk aku kat belakang, kalau tak mau "gonjeng" aku kerjakan. Jiran aku sednag sibuk cantas rumput depan rumah. Aku gagahkan diri bagitau yg aku nak cantas sikit pokok kat belakang tu. Aku tengok jiran aku tu pun rasa serba salah gak. Ye la, pokok yg diorang tanam tu dah menjalar sampai ke kawasan rumah aku. Tergerak lak nak tanya pokok apa yg diorang tanam...la pokok kacang botol rupanya...aku ingatkan pokok apa tadi...Sedang aku asyik cabut rumput, terfikir juga apa kata jiran aku nanti. Takut diorang kata aku takleh terlebih-terkurang. Baru menjalar sikit dah bising. Dilema betul!!!..Tak sampai hati lak nak cantas habis. Aku buat keputusan biarkan je pokok tu...Aku cakap kat iza, nanti kita pi beli la apa2 yg patut bagi kat jiran tu...hehe...sori jiranku!

Friday, January 9, 2009

Rally rise for Gaza


Salam,
Aman Palestin akan mengadakan rally Rise For Gaza di Stadium Melawati Shah Alam pada 10 Jan '09 (Sabtu), 10pg. Tlg kerahkan seramai mungkin termasuk anak2 utk tunjukkan keprihatinan. Al-Jazeera TV akan buat liputan. Kalau boleh bawa placard, banner atau kain rentang in English or Malay. Sebarkan. !!!!


Perhimpunan umum untuk "Selamatkan Gazza" ini menjemput semua pertubuhan termasuk parti politik (PAS,UMNO) dan NGO Islam bagi menunjukkan sokongan kuat dan kukuh menyatakan harapan dan pendirian rakyat malaysia disamping mengutip dana bagi menyelamatkan mangsa peperangan yang sedang berlaku. Kehadiran Tun Mahathir juga sedang diusahakan.InsyaAllah akan ada Rakyat Palestin di Malaysia yang memang menetap di Gazza akan berucap bagi menerangkan situasi sebenar di sana.Mudah-mudahan semua program yang sedang rancak dijayakan oleh semua badan-badan Islam samada secara bersama atau bersendirian akan terus diberi kejayaan dan sokongan penuh umat Islam dan rakyat Malaysia amnya demi mempertahankan tanahair Islam Palestin yang masih dijajah oleh Regim haram Israel dan sekutu-sekutunya."Kita mungkin bukan seorang Akh Muslim Mukmin yang paling soleh dan paling baik, akan tetapi kita boleh berusaha memberi yang terbaik dari diri kita yang hina ini bagi kebaikan Islam dan umatnya. Moga dengan amal yang sedikit ini akan dilihat dan dinilai berat di sisi Allah Azza Wajalla dan menjadi asbab kepada rahmat Allah SWT untuk ke syurgaNya'.Fatwa terkini S Yusuf Al-Qaradhawi " ..wajib ke atas semua umat Islam mempertahankan dan membebaskan Gazza".


Anjuran: Aman Palestin
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.Tempat: Stadium Melawati Shah Alam

Objektif:

1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Mengutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.


Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Thursday, January 8, 2009

Nasib saudaraku di Palestine!!




Wahai Saudara Islam Ku Anak ini mencuba untok menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia? Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Labenon & Palestine, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> > (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah) Surah al fil:

Lipat gandakan doa ini. Kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain.. Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat berdoa, kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang...InsyaAllah akan ikut berdoa...

Wednesday, January 7, 2009

Hari ni masuk kerja...new office


Hari ni baru masuk office. Isnin & selasa cuti...monitor Hafiz 1st day kat sekolah baru. Pagi memang liat nak bangun...sebulan lebih cuti asyik dengan channel kartun dr pagi sampai ke malam...pause waktu makan je...aku nak tengok EPL pun takde chan...Pagi hantar Hafiz pi sekolah KAFA integrasi Sec 14 PJ...Hafiz ni suka sampuk cakap orang...ustad tanya org lain dia yg sibuk tolong jawap...kan dah kena marah...10.30am abih naik van pergi ke tempat "transit". Excited sungguh aku tengok! Ye la, pengalaman pertama naik van dgn kengkawan...sebelum ni atok dia yg hantar & ambik...

Waktu persekolahan start pukul 1pm sampai 6.20pm. Kena sampai sana at least sblm pukul 5.15pm...Kalau tak memang tak dapat parking berdekatan sekolah...kena park jauh sikit...jalan 'jam' toksah cakap la...Kat sekolah aku tengok Hafiz takde masalah nak bergaul dengan rakan sebaya...steady je aku tengok dia sembang...

Otw balik aku toleh belakang tengok Hafiz dah terlelap...letih sangat gamaknya...satu perkara yg aku rasa kagum dgn Hafiz ni, dia bgtau " Ayah, tadi abg bagi suggestion kat ustad mcmana nak check nama murid2 dlm class"..."abg cakap suruh semua org berdiri lepas tu sebut nama...baru tau sapa yg tak ada dalam list"...yg bestnya ustad tu ikut cakap anak aku...lagi satu kalau ustad atau cikgu tanya soalan, mesti dia volunteer nak jawap...seingat-ingat aku, masa ayah dia sekolah dulu, jarang-jarang nak angkat tangan jawap soalan...tu la dia budak-budak sekarang...

Sunday, January 4, 2009

Hafiz & sekolah barunya...

"hari penerimaan hadiah murid cemerlang"







Esok persekolahan akan bermula. Hafiz akan memulakan hari persekolahannya di sekolah yg baru di Petaling Jaya. Dengar khabar sekolah tu ramai yg familynya "loaded2" hantar anak diorang kat situ. Tak kisah la. Asalkan dekat dengan ofis aku dan iza. Apa2 hal senang nak menjenguk.
Apalah agaknya reaksi Hafiz. Pasti teringatkan kawan2 dia kat sri gombak tu. Kat sana dilantik ketua kelas dan pengawas. Kat sekolah baru ni boleh ke abang jadi ketua kelas & pengawas? soal Hafiz!!...Aku jawap abg kenalah belajar rajin2 & perangai kena jaga, jangan nakal2...kat sekolah lama aku tengok Hafiz ni agak nakal juga, selalu kacau classmate...especially perempuan.