Wednesday, December 30, 2009

Ikan patin...Temerloh

Semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami bercadang untuk singgah makan di Temerloh. Nak pekena ikan patin. Ini semua angkara Majalah 3.


Kami sampai ke exit Temerloh dalam pukul 2 pm. Perut pun dah lapar. Tempat makan yg dicari-cari masih tak kelihatan. Takpe sabarrrr....Akhirnya, setelah berpusing-pusing mencari kami berjaya juga sampai ke kedai makan tersebut. Peerrgghh...ramainye orang.

Ikan Patin buah, rm18...

Ikan Baung...tingal kepala je

Tuesday, December 29, 2009

Cuti...Awana Kijal





Last minute plan. Hajat nak pergi Genting tapi hotel penuh.


Ni antara gambar2 yg sempat dirakamkan semasa bercuti 4d/3n di Awana Kijal.


Tengah tunggu Pizza...


Hotel Lobby

hafiz kata air kelapa ni tak sedap...

Bergambar sementara tunggun stuff-crap...

Monday, December 28, 2009

STJ Warriors...The Legend

Pasukan ragbi NS ni memang legenda.

Team rugby NS tahun 1987 memang legenda. Satu pencapaian yang amat membanggakan buat NS kerana berjaya melangkah ke final Rugby MSSM 1987 walaupun tewas di tangan pasukan Sabah. Yang pasti team ni menjadi idola bagi semua warriors.

Aku masih ingat lagi masa form 1, masa tu bob & zam penyu pengawas yg ditugaskan untuk jaga dorm aku. Tak ingat no bilik. Kat bilik tu lah kitorang belajar baling bola rugby dengan betul. Bilik tu mmg jadi port warriors lepak lepas training. Antara nama yg aku ingat selain bob & zam penyu....Farid, semat, kumut, man perak, mat tipot. Masa ni depa form 4. Diorang ni mmg cool. Tak pernah ragging junior. Apa2 pun diorang ni la yg menjadi ikutan & semangat untuk junior main rugby...hidup warriors!

Friday, December 25, 2009

Sesal dulu pendapatan...

The Parable of the Pipeline: How Anyone Can Build a Pipeline of Ongoing Residual Income in the New EconomyJika anda inginkan hari persaraan yang selesa & tenang, buku ini wajib anda baca.

Buku ini menceritakan ttg 2 org yg telah diberikan kontrak untuk membina sebuah takungan air yang diambil dari sungai untuk kegunaan orang ramai di sebuah kampung. Pemuda yg pertama ni menggunakan baldi untuk mengangkut air dari sungai dan dicurahkan ke dalam tangki tersebut. Manakala pemuda yg ke-2 pula membina sebuah paip air yang semestinya mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan.
Untuk mengetahui kisah pemuda berdua ni dengan lebih lanjut, kena lah beli dan baca sendiri. Kalau aku nak ceritakan, sampai esok pun tak habis. Percaya lah...banyak pengajaran yg boleh diambil untuk difikirkan bersama demi kesenangan di hari tua nanti.

Thursday, December 24, 2009

Dah daftar Facebook?

Facebook Me! A Guide to Having Fun with Your Friends and Promoting Your Projects on Facebook

Dunia sedang dilanda gelombang facebook. Apa yang special nya facebook ni?

Jika anda fikir Facebook sekadar laman web rangkaian sosial yg bolehkan ahli2nya berhubung dgn rakan2 mrk, tukar maklumat, gambar, video dsb nya, anda salah!!!!
Facebook merupakan:
1. laman web ke-5 yg kerap dilawati di USA.
2. 175 juta ahli yg aktif.
3. 250,000 ahli baru setiap hari.
4. 266 juta pelawat setiap bulan.
5. lebih 65 bilion page view setiap bulan
6. Purata 20 minit orang ramai meluangkan masa di laman ini setiap hari.
7. lebih dari 50% ahli aktif Facebook melawat setiap hari.
So, apa tunggu lagi. Daftar sekarang. cari kenalan seramai mungkin dan guna kelebihan ini utk kembangkan bisnes anda.

Wednesday, December 23, 2009

Pantasnya masa berlalu...

The Funny Book of Rugby (The Funny Book of Series)Cepatnya masa berjalan. Sedar atau tidak, dah hujung tahun. Kerja kat office kurang sikit sebab site freeze & payment process pun stop. So apa lagi...lepak la.

kat office macam di langgar garuda...kosong. Ramai cuti akhir tahun. Pakat peghabih cuti masing-masing. Aku terpaksa kerja la...cuti dah abihhhh.

Tuesday, December 22, 2009

Ugly Rugby Jersey...

Lama dah Hafiz nak bola rugby ni...
Bergaya dgn baju baru...
Umaga in the making...mano nak hantar Hafiz main ni?

Hari ni aku cuti. Ada urusan yg perlu diselesaikan. Yang utama pergi Hong Leong Assurance kat tepi Federal Highway tu. Terminate insurance policy.

Dah settle, kitorang heading to Ikea. Cadangnya nak pi tengok wayang tp cancel. Ramainya orang. Fenomena ni biasa kita nampak hujung minggu je. Dah puas jalan, perut pun dah lapar. Iza order meatball, Salmon, Ayam & fries + Daim cake...yummmyyy. Betul ke ejaan tu?

Next ke The Curve pulak. Aku nampak kedai Canterbury. Tak plan pun nak beli tapi...Hasilnya seperti kat dalam gambar tu...gulppp!!!!

Jam pun dah menghampiri pkl 4 pm. Sebelum balik ambik Zara, pekena kopi & roti kat Kluang Station. Fuuhhh...mmg sedap.

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijrah yg ke 1431 buat semua. Semoga dengan tahun baru ni, kesejahteraan umat islam di seluruh dunia akan terpelihara hendaknya.

Sama-sama lah kita memanjatkan doa agar saudara2 kita di Palestine, Afghanistan, Iraq, Iran, Chechnya diberikan kekuatan & keazaman untuk mempertahankan akidah dan menentang musuh2 islam yg cuba untuk melenyapkan Islam di muka bumi Allah ini. Amin.

Tuesday, December 15, 2009

Tahniah Malaysia


Sekalung tahniah buat pasukan bolasepak Malaysia kerana berjaya menamatkan kemarau pingat emas di sukan SEA. Berbaloi balik awal nak tengok Live kat TV. Well done Rajagopal.

First half aku tengok Malaysia byk bertahan. Mungkin strategi kot. Vietnam begitu selesa dgn gelaran favorite. Most of the game, vietnam control bola. Tapi aku salute player Malaysia sebab berjaya maintain stamina & mental. Apa pun tahniah sekali lagi buat team bolasepak Malaysia di Laos.

Saturday, December 12, 2009

Global Domains International


Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet
oleh Zamri Nanyan
3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.

Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.

Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.

Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)

Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.

Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di SINI untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Friday, December 11, 2009

Tiger Woods latest girlfriend: Mistress no 14th

Got this from Google Hottrends:
tiger Woods latest girlfriend: Mistress no 14th Theresa Rogers photos hottest searches on internet. Tiger Woods new mistresses are still coming out in the open. It is three weeks since the first news about his alleged girlfriends started coming to the media.

Now the fourteenth mistress has come out of the cupboard claiming that she thought that she was his only girl friend.

She has also claimed that she had been made to believe by Tiger Woods that he was unhappy with his wife Elin Woods.

Theresa Rogers, the forty nine year old woman is around two decade older than Tiger Woods himself and claims that it was she who actually made him a tiger in the bed.

Now people have answer to one of their main question. How Tiger was able to have sexual relations with so many women during the same period.

He was schooled by a woman almost two decades older than him.>>

Tiger Wood, you're Rocks!!!!

Thursday, December 10, 2009

Lama giler tak naik bas...


Dah lama giler tak naik bas express. Aku rasa ada dah 10 tahun. Malam khamis tu hari aku ke K.Besut dgn misi membawa pulang Hafiz.

Sampai bus stand sek 17 S.Alam pkl 8.15pm. Awal lagi ni. Bas bertolak pkl 8.30pm. So pekena sebatang dulu. Aku tgk org makin lama makin ramai. Mungkin sebab cuti kot hari jumaat. Semua ambil kesempatan balik kg jumpa mak bapak. Bagus la tu...

Bas yg aku tunggu dah sampai. Apa? Dua tingkat? Seat dopan skali lak tu kek ateh...Seghiyau gak nak naik bas 2 tingkat ni. Mcm tak stabil yo pakcik tgk. Den gagah kan yo dighi ni...bukan gayat tp ghisau. Mcmano den tak ghisau...ni nak lalu area bukit bukau dr k.lipis sampai gua musang. Jalan dah la sompit, bengkang bengkok lak tu...sabar yo la...

Wednesday, December 9, 2009

Boleh ke ni?

Betul ke boleh buat duit? Boleh percaya ke? Susah la nak buat website!!! Aku tak reti la dan mcm2 lagi soalan yg kuar.

Pasti soalan ni yg akan 1st sekali terlintas di fikiran bila sebut psl internet marketing @ online biz. Betul tak? Aku pun sama mcm korang. Tapi, kenapa org lain buat ok je? Emmmm...ni takleh jadi ni.

Bulan lepas aku ditemukan dgn satu biz internet ni oleh sifu Nizam. Apa ni bro? Dia senyum je. Apa yg aku tahu bro nizam ni pakar Forex. So bila dia introduce aku dgn biz ni, pd mulanya rasa was2 juga. Soalan2 yg kat atas tu berputar-putar dlm kepala otak aku ni...tp apa salahnya kalau aku try. Tak tau boleh belajar...

Tuesday, December 8, 2009

Sembang duit...

Mari sembang pasal duit. Kalau sebut pasal duit, semua orang nak. Bagi free lagi bagus. Takyah susah-susah nak cari. Duduk goyang kaki je kat rumah. Alangkah bestnya kalau mcm tu. Tapi...jangan mimpi la jang ooiiiii....

Nak dapat duit kena kerja la atau pun buat bisnes. Jangan berangan duit dtg dgn sendiri. Korang perasan tak skrg ni tengah hot ttg MLM @ internet bisnes. Aku rasa Org ramai terdesak untuk cari duit lebih sbb ekonomi tak bagus. Ramai yg dpt VSS pasti memilih biz ni untuk tampung perbelanjaan keluarga. Dengan modal kecil, biz ni boleh start anytime je. Tak tau nak pilih company yg mana satu?

Ni ada tip yg aku dapat drp pembacaan:

1. Pilih syarikat yg besar dan dah lama beroperasi. Melambak syarikat MLM besar kat Malaysia ni. Boleh rujuk kat website DSA (direct selling Association) Malaysia. Apa? Syarikat besar dan dah lama dah ramai org masuk? Prospek dah tepu?. Korang silap. Kalau diberi pilihan tempat kerja di Petronas atau syarikat cap ayam, yg mana satu korang pilih? So aku takyah jawab la...

2. Syarikat tu mesti la mempunyai Leader yg bagus yg dapat membimbing distributor yg baru. Lagi ramai lagi bagus.

3. Produk yg ditawarkan mesti la barang yg org ramai selalu pakai dan beli. Maknanya ada repeat sale. Tiap2 bulan org mesti beli produk tu. Contohnya brg keperluan rumah spt ubat gigi, sabun, syampoo dan makanan kesihatan spt Vitamin dan byk lagi. Sebut je MLM ramai yg bagi alasan takde masa la, sibuk la, dah buat tak jadi la, malu la, tak pandai cakap la dan 1001 mcm alasan. Kalau aku nak tulis sampai esok tak habis. Tapi aku setuju yg MLM ni bukan untuk semua orang. So, tepuk dada tanya diri...

Monday, December 7, 2009

Mulanya di sini...

Segalanya bermula disini...Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja'afar...The making of Warriors...

5 Bohr 1990


4 Bohr 1989


3 Al-Ahzan 1988


2 Al-Ahzan 1987


1 Al-Ahzan

Sunday, December 6, 2009

Duit, duit...dimana kau duit

Duit bukan segalanya tapiiiiii...kita perlukan duit untuk kesinambungan hidup.

Persoalannya...banyak manakah duit yg kita perlukan? Adakah simpanan hari tua dah cukup? Dana pelajaran untuk anak2 mcmana? Kalau jadi apa2 sekarang mcmana? Pening kepala nak fikir semua tu...

Mcmana? Dah fikir banyak mana duit yg korang nak? Biar aku jawab la...Aku nak kumpul RM1M pada umur 45. By that time Hafiz nak masuk U kalau ada rezeki dan RM5M masa pencen nanti. Fuyohhh...ambitious giler....boleh dapat ke ni???????

Aku percaya...kalau ada kesungguhan pasti ada jalan...doakan aku...Aminnn

Macamana nak merealisasikan impian aku ni? Org kata kalau makan gaji jgn mimpi la nak dapat banyak tu. Kalau nak kena berniaga. Tapi nak buat biz apa???

Saturday, December 5, 2009

Hujan oh hujan...

Malam tadi dapat call dr bos. Dia nak report genset untuk tahun 2008 & 2009 bef 9am. Pergghhh...menyighap darah den. Nasib baik semua data dah ada dalam server. Cuma kena edit dan export ke excel. Apo nak di kato. Dah namo eh makan gaji. Ok bosssssss.....

Pagi tadi hujan. Jalan 'jammed'. Ingatkan sekolah tutup jalan clear la. Tak jugak. Pasang lagu Search untuk menghilangkan kebosanan...layannnn

Orang pertama sampai office. Pintu pun tak bukak laei. Sabar yo la. Masa nak bukak lampu tu tengok gak keliling. Bukan apa...paham2 sudah la...golappppp.

Friday, December 4, 2009

Thursday, December 3, 2009

Wednesday, February 4, 2009

Tunjuk ajarku sifu...

Minggu ni, petang boleh dikatakan hari-hari hujan. Time hujan ni ramai yg bawak kete secara berhemah...slow bangat sih. Kekadang pelik juga...hujan je jalan mesti jam teruk dr biasa. Kot ye pun...laju la sikit.

Hafiz dilantik sbg ketua kelas. Happy lain mcm aku tengok anak aku ni. Nampak gayanya kena beli 'tie' & name tag lain le. Tapi takpe...bisa diatur. Asalkan dia enjoy pi sekolah.

Hari ni mcm biasa Hafiz akan terlelap dlm kete otw balik umah. Letih sangat gamaknya. Tapi sebelum lelap mesti nak makan dulu. Standby la apa yg patut dalam kete. Hari ni iza beli karipap dgn biskut krim kacang. Sedap gak..hehe. Aku pun tumpang sekaki la. Takan nak pandang je. Jalan mcm biasa...'jam'. Mana la jln tak jam...yg kiri nak ke kanan, kanan nak masuk kiri...cuba la follow the flow...mesti kurang jam kat federal tu.


Skrg tengah nak belajar main Forex. Menarik gak aku tengok. Sifu ada email website utk familiar dgn elliot wave. Tu baru basic je...kalau dah mahir baru bole online. Skrg ni cuma layan demo...thrill dia kurang la skit...mana nak sama main duit sendiri.

Friday, January 30, 2009

Jalan-jalan kota Melaka

Atas bot menyisir sungai Melaka... "Kg Morten"


Pekena cendol kat bandar hilir...mmg sedap!!!!


Aku dapat anak buah baru. Nama tak tau lagi. Dengar cite atok die dah panggil Adam. Hentam la labu...Adam pun Adam la. Best apa nama tu!!! Sampai Melaka dalam jam 3 ptg. Pi cari hotel la dulu. Mana tau kot-kot ada kosong. Bole tidur semalam kat sini. Cari punya cari dapat la hotel orkid dengan harga rm200. Ok la tu...Janji dgn kaklong nak pi tengok baby dalam pkl 4pm. So, apa lagi ...ronda-ronda la.
Malam kitorang pergi naik bot menyisir sg melaka. Harga untuk dewasa rm10 & knk2 dalm rm5. Bot tu tak la besar mana. Bole la tampung dalam 20 org. Aku perhatikan semua kedai-kedai lama tu diorang cat semula bagi nampak cantik...lampu pelbagai warna dipasang bagi mencantikan lagi pemandangan di waktu malam. Tapi aku rasa waktu siang mesti nampak sampah sarap kat tepi sg tu. Apa-apa pun aku & family mmg enjoy malam tu...

Wednesday, January 28, 2009

Berakhirnya penantian kengkawan!!!


Dari kiri: Azam, aku & Hafiz, Faithzal a.k.a MatNyu, Dino & anak dan Hashbullah & anak
"Selamat pengantin baru"
Akhirnya...kahwin juga sahabat aku ni...Alhamdulillah.



Tuesday, January 27, 2009

Masak lomak cili api

Kek restoran Nelayan Seremban

sambal ikan bilis (sambal gesek) dan tempoyak

masak lomak telur itik

Ikan baung masak lomak...terangkat beb!!!


Sabtu lepas pergi Melaka. "Elite" clear tapi jam setiba di Plus dekat Nilai. Biasa la...CNY. Ramai ambil kesempatan balik kampung sempena cuti 4 hari.

Jam menunjukan pukul 1.30pm. Perut dah mula keroncong. Teringat Restoran Nelayan kat Seremban. Lagi la lapar bila teringat makanan yg ada kat situ. Bagi penggemar masakan negori a.k.a masak lomak cili api, pasti tak lepaskan peluang untuk menjamu selera. Macam-macam ada...daging rusa, ikan baung, burung puyuh, ikan sembilang salai, telur itik (Hafiz cukup suka yg ni), ayam kampung dan byk lagi. Tu tak masuk lagi sayur ulam. Memang puas hati kalau makan kat sini.

Taip bahagian pos selebihnya di sini
Tujuan sebenar ke Melaka nak tengok anak sedara baru. Aku panggil "asan jr" je la sebab nama takde lagi...to be continued!

Tuesday, January 20, 2009

Ada masalah penghadaman?


Anda ada masalah penghadaman? Buasir? Sembelit? Buang tak lawas? Jangan risau. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya!


Taip bahagian pos selebihnya di sini
Kita biasa dengar orang cakap kebanyakkan penyakit berpunca daripada perut. Macam-macam yg masuk...kari, minyak, mee goreng, ayam goreng, satay, lemang dll. So, mcmana nak cuci perut & usus kita ni. Aku syorkan korang makan Organic vegetable powder ni. Cara nak makan senang je. Campurkan organic tu dengan madu ke, soya ke atau pun jus oren. Semudah ABC...