Mari sembang pasal duit. Kalau sebut pasal duit, semua orang nak. Bagi free lagi bagus. Takyah susah-susah nak cari. Duduk goyang kaki je kat rumah. Alangkah bestnya kalau mcm tu. Tapi...jangan mimpi la jang ooiiiii....
Nak dapat duit kena kerja la atau pun buat bisnes. Jangan berangan duit dtg dgn sendiri. Korang perasan tak skrg ni tengah hot ttg MLM @ internet bisnes. Aku rasa Org ramai terdesak untuk cari duit lebih sbb ekonomi tak bagus. Ramai yg dpt VSS pasti memilih biz ni untuk tampung perbelanjaan keluarga. Dengan modal kecil, biz ni boleh start anytime je. Tak tau nak pilih company yg mana satu?
Ni ada tip yg aku dapat drp pembacaan:
1. Pilih syarikat yg besar dan dah lama beroperasi. Melambak syarikat MLM besar kat Malaysia ni. Boleh rujuk kat website DSA (direct selling Association) Malaysia. Apa? Syarikat besar dan dah lama dah ramai org masuk? Prospek dah tepu?. Korang silap. Kalau diberi pilihan tempat kerja di Petronas atau syarikat cap ayam, yg mana satu korang pilih? So aku takyah jawab la...
2. Syarikat tu mesti la mempunyai Leader yg bagus yg dapat membimbing distributor yg baru. Lagi ramai lagi bagus.
3. Produk yg ditawarkan mesti la barang yg org ramai selalu pakai dan beli. Maknanya ada repeat sale. Tiap2 bulan org mesti beli produk tu. Contohnya brg keperluan rumah spt ubat gigi, sabun, syampoo dan makanan kesihatan spt Vitamin dan byk lagi. Sebut je MLM ramai yg bagi alasan takde masa la, sibuk la, dah buat tak jadi la, malu la, tak pandai cakap la dan 1001 mcm alasan. Kalau aku nak tulis sampai esok tak habis. Tapi aku setuju yg MLM ni bukan untuk semua orang. So, tepuk dada tanya diri...
No comments:
Post a Comment