Cuti sekolah kian sampai ke penghujungnya..tapi tidak sehari pun aku bawa keluarga pergi bercuti..kesian juga aku tengok..atas inisiatif isteriku, pagi khamis aku sekeluarga bertolak ke Kuantan..harapan untuk Hafiz & Syafiq mandi laut di Teluk Chempedak tidak kesampaian kerana hujan turun sepanjang hari..walaupun sekadar hujan renyai-renyai, tapi aku melarangnya untuk turun ke tepi pantai atas alasan takut demam..apa da!!..datang jauh-jauh alih-alih tak boleh turun mandi laut..itulah agaknya yg dikatakan dalam hati diorang berdua tu..disebabkan hujan, aku sekeluarga pergi ke East Coast Mall..jalan-jalan cari makan & window shopping...
Keesokan harinya kami sekeluarga pergi ke pantai Cherating..perjalanan ke sana lebih kurang 30 minit..Hafiz dah bising bila nak sampai ni...tak sabar betul diorang berdua tu nak mandi laut..selang 5 minit mesti dia tanya bila nak sampai..tak sabar dah ni..hehe..dalam hati aku berkata, bertuah budak-budak sekarang nak apa je semua dapat..kecik-kecik dah dapat mandi laut..aku dah tua baru merasa...
2 comments:
Salam,
Tahniah kerana dapat juga bawa ahli keluarga jalan-jalan.
Saya sekeluarga, mak ayah dan adik-beradik pun akan ke Cherating cuti Tahun Baru Cina nanti.
Kami dah book resort kat sana dari 24/1/09-27/1/09.
Post a Comment