Kadangkala aku merasakan yang aku tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Sering kali aku keluh-kesah. Keluh-kesah memikirkan perkara yang aku sendiri pun tak tahu! Apa yang tak kena dengan hidupku ini? Apakah yang kurang? Apa yang aku cari selama ni? Adakah wang ringgit yang banyak dapat menyelesaikan kekusutan ini? Ataupun kereta besar, rumah besar!!! Kadang-kadang aku fikir semuanya itu akan membuatkan aku gembira, tapi jauh disudut hatiku ini menyatakan ketenangan jiwa adalah jawapannya.
Di kampung tempoh hari, ayah ku telah menghadiahkan sebuah buku yang bertajuk "Hakikat Insan". Beliau menyarankan supaya aku membacanya. Antara intipati buku itu ialah supaya kita kenal siapa diri kita yang sebenarnya kerana setelah kita kenal diri kita, baru kita kenal siapa penciptaNya. Segala rahsia penciptaNya terdapat di dalam diri manusia. Dan ayahku menyarankan aku supaya mencari. Mencari apa? Aku sendiri pun tak tahu.....!!!!
Pesanan untuk diriku, bertafakur dan bersyukurlah. Ingatlah segala nikmat dan kurnia yg dianugerahkan oleh Allah. Nikmat yg meliputi dari atas kepala hingga ke tapak kaki. "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat mengiranya."
No comments:
Post a Comment