Malam ni sungguh sejuk. Dari petang tadi sampai ke malam hari hujan. Tiba-tiba teringat zaman persekolahan di Pilahdelphia dulu.
Andai dapat ku undurkan masa...
Aku takan mula belajar hisap rokok masa form 3 dulu. Dah la hisap rokok dalam jamban asrama, kepala pening bukan pasal asap tapi bau semerbak yg dikeluarkan oleh...faham2 sudah
Aku akan belajar rajin2 dan score masa SPM dulu. Boleh sambung belajar oversea. Tapi result hancusss...
Aku akan berkawan dengan semua orang, baik pelajar lelaki ataupun perempuan. Ni tak...asyik bersekongkol dgn kawan yang satu kepala je sambil layan lagu thrash/metal & hisap rokok...
Aku takan buli budak junior...tak suruh urut badan walaupun sengal2 lepas game rugby...tak suruh basuh baju walaupun jarang2 aku buat benda tu...dan macam2 lagi...
Aku takan "Fly" malam untuk pergi main game kat pekan Pilahdelphia...atau keluar untuk beli rokok walaupun senior yang suruh...Dah la belakang asrama tu hutan, gelap pulak tu...
Aku akan main rugby sebaik mungkin. Fitness upgrade sampai tahap gaban. Kalau boleh bukan setakat MSSM je. Aku nak main sampai ke peringkat U. Kat U aku terpaksa lupakan rugby walaupun hati ni meronta-ronta nak main. Kena pilih...nak grad engineering ke nak main rugby? Aku tak mampu nak buat dua2 skali gus...trauma masa SPM dulu masih menhantui fikiran aku masa tu...
Habis bab asrama...
Aku akan terima offer JPA untuk sambung degree ke Korea @ Germany. Ni tak...degil nak pergi jugak walaupun JPA kata pergi UK mahal...tengah recession...Masa interview tu aku ingat pegawai tu nak test aku je...aku dengan muka konfiden bagi jawaban nak ke UK jugak...langsung melepas...sambung local je la nampak gayanya...
Aku akan stay bidang oil & gas spt masa kerja di Kerteh dulu. Bidang ni memang demand. Gaji memang lebat & mencabar dari segi mental dan fizikal. Payah nak cari especially melayu dalam bidang ni pada masa tu.
Itu antara yang aku nak buat kalau dapat ku undurkan masa. Memang mustahil la...
Apa yang pasti, semua tu telah ditetapkan olehNya. Pasti ada hikmah disebalik semua tu yang tak terfikir oleh akal manusia. Tak semua yang baik tu baik untuk kita dan sebaliknya.
2 comments:
hehe.. kelakar la ...
Apa2 pun aku bersyukur sangat2 sebab masuk STJ.. walaupun aku tak 'berkuasa' macam korang2.. Kalau tak, tak tahu la skrg aku jadi apa entah..
huhuh...teringat plak aku pada lagu AXL..."Andai dapat ku undurkan putaran dunia inginku ubah semula kata dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring Di mercu asmara" Jadikanlah masa lampau tu sbg penunjuk aras agar kita maju ke hadapan...
Post a Comment