Semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami bercadang untuk singgah makan di Temerloh. Nak pekena ikan patin. Ini semua angkara Majalah 3.
Kami sampai ke exit Temerloh dalam pukul 2 pm. Perut pun dah lapar. Tempat makan yg dicari-cari masih tak kelihatan. Takpe sabarrrr....Akhirnya, setelah berpusing-pusing mencari kami berjaya juga sampai ke kedai makan tersebut. Peerrgghh...ramainye orang.
Ikan Patin buah, rm18...
Ikan Baung...tingal kepala je
Thursday, December 24, 2009
Dah daftar Facebook?
Dunia sedang dilanda gelombang facebook. Apa yang special nya facebook ni?
Jika anda fikir Facebook sekadar laman web rangkaian sosial yg bolehkan ahli2nya berhubung dgn rakan2 mrk, tukar maklumat, gambar, video dsb nya, anda salah!!!!
Facebook merupakan:
1. laman web ke-5 yg kerap dilawati di USA.
2. 175 juta ahli yg aktif.
3. 250,000 ahli baru setiap hari.
4. 266 juta pelawat setiap bulan.
5. lebih 65 bilion page view setiap bulan
6. Purata 20 minit orang ramai meluangkan masa di laman ini setiap hari.
7. lebih dari 50% ahli aktif Facebook melawat setiap hari.
So, apa tunggu lagi. Daftar sekarang. cari kenalan seramai mungkin dan guna kelebihan ini utk kembangkan bisnes anda.
Wednesday, December 23, 2009
Pantasnya masa berlalu...
Tuesday, December 22, 2009
Ugly Rugby Jersey...
Lama dah Hafiz nak bola rugby ni...
Bergaya dgn baju baru...
Umaga in the making...mano nak hantar Hafiz main ni?
Hari ni aku cuti. Ada urusan yg perlu diselesaikan. Yang utama pergi Hong Leong Assurance kat tepi Federal Highway tu. Terminate insurance policy.
Dah settle, kitorang heading to Ikea. Cadangnya nak pi tengok wayang tp cancel. Ramainya orang. Fenomena ni biasa kita nampak hujung minggu je. Dah puas jalan, perut pun dah lapar. Iza order meatball, Salmon, Ayam & fries + Daim cake...yummmyyy. Betul ke ejaan tu?
Next ke The Curve pulak. Aku nampak kedai Canterbury. Tak plan pun nak beli tapi...Hasilnya seperti kat dalam gambar tu...gulppp!!!!
Jam pun dah menghampiri pkl 4 pm. Sebelum balik ambik Zara, pekena kopi & roti kat Kluang Station. Fuuhhh...mmg sedap.
Friday, December 18, 2009
Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah yg ke 1431 buat semua. Semoga dengan tahun baru ni, kesejahteraan umat islam di seluruh dunia akan terpelihara hendaknya.
Sama-sama lah kita memanjatkan doa agar saudara2 kita di Palestine, Afghanistan, Iraq, Iran, Chechnya diberikan kekuatan & keazaman untuk mempertahankan akidah dan menentang musuh2 islam yg cuba untuk melenyapkan Islam di muka bumi Allah ini. Amin.
Tuesday, December 15, 2009
Tahniah Malaysia

Sekalung tahniah buat pasukan bolasepak Malaysia kerana berjaya menamatkan kemarau pingat emas di sukan SEA. Berbaloi balik awal nak tengok Live kat TV. Well done Rajagopal.
First half aku tengok Malaysia byk bertahan. Mungkin strategi kot. Vietnam begitu selesa dgn gelaran favorite. Most of the game, vietnam control bola. Tapi aku salute player Malaysia sebab berjaya maintain stamina & mental. Apa pun tahniah sekali lagi buat team bolasepak Malaysia di Laos.
Saturday, December 12, 2009
Global Domains International

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet
oleh Zamri Nanyan
3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.
Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.
Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.
Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.
Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.
Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.
Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.
Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)
Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?
Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?
Tak tahulah apa jawapan anda.
Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.
Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.
Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.
Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.
Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.
Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di SINI untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
Friday, December 11, 2009
Tiger Woods latest girlfriend: Mistress no 14th
Got this from Google Hottrends:
tiger Woods latest girlfriend: Mistress no 14th Theresa Rogers photos hottest searches on internet. Tiger Woods new mistresses are still coming out in the open. It is three weeks since the first news about his alleged girlfriends started coming to the media.
Now the fourteenth mistress has come out of the cupboard claiming that she thought that she was his only girl friend.
She has also claimed that she had been made to believe by Tiger Woods that he was unhappy with his wife Elin Woods.
Theresa Rogers, the forty nine year old woman is around two decade older than Tiger Woods himself and claims that it was she who actually made him a tiger in the bed.
Now people have answer to one of their main question. How Tiger was able to have sexual relations with so many women during the same period.
He was schooled by a woman almost two decades older than him.>>
Tiger Wood, you're Rocks!!!!

Thursday, December 10, 2009
Lama giler tak naik bas...

Dah lama giler tak naik bas express. Aku rasa ada dah 10 tahun. Malam khamis tu hari aku ke K.Besut dgn misi membawa pulang Hafiz.
Sampai bus stand sek 17 S.Alam pkl 8.15pm. Awal lagi ni. Bas bertolak pkl 8.30pm. So pekena sebatang dulu. Aku tgk org makin lama makin ramai. Mungkin sebab cuti kot hari jumaat. Semua ambil kesempatan balik kg jumpa mak bapak. Bagus la tu...
Bas yg aku tunggu dah sampai. Apa? Dua tingkat? Seat dopan skali lak tu kek ateh...Seghiyau gak nak naik bas 2 tingkat ni. Mcm tak stabil yo pakcik tgk. Den gagah kan yo dighi ni...bukan gayat tp ghisau. Mcmano den tak ghisau...ni nak lalu area bukit bukau dr k.lipis sampai gua musang. Jalan dah la sompit, bengkang bengkok lak tu...sabar yo la...
Wednesday, December 9, 2009
Boleh ke ni?
Betul ke boleh buat duit? Boleh percaya ke? Susah la nak buat website!!! Aku tak reti la dan mcm2 lagi soalan yg kuar.
Pasti soalan ni yg akan 1st sekali terlintas di fikiran bila sebut psl internet marketing @ online biz. Betul tak? Aku pun sama mcm korang. Tapi, kenapa org lain buat ok je? Emmmm...ni takleh jadi ni.
Bulan lepas aku ditemukan dgn satu biz internet ni oleh sifu Nizam. Apa ni bro? Dia senyum je. Apa yg aku tahu bro nizam ni pakar Forex. So bila dia introduce aku dgn biz ni, pd mulanya rasa was2 juga. Soalan2 yg kat atas tu berputar-putar dlm kepala otak aku ni...tp apa salahnya kalau aku try. Tak tau boleh belajar...

Tuesday, December 8, 2009
Sembang duit...
Mari sembang pasal duit. Kalau sebut pasal duit, semua orang nak. Bagi free lagi bagus. Takyah susah-susah nak cari. Duduk goyang kaki je kat rumah. Alangkah bestnya kalau mcm tu. Tapi...jangan mimpi la jang ooiiiii....
Nak dapat duit kena kerja la atau pun buat bisnes. Jangan berangan duit dtg dgn sendiri. Korang perasan tak skrg ni tengah hot ttg MLM @ internet bisnes. Aku rasa Org ramai terdesak untuk cari duit lebih sbb ekonomi tak bagus. Ramai yg dpt VSS pasti memilih biz ni untuk tampung perbelanjaan keluarga. Dengan modal kecil, biz ni boleh start anytime je. Tak tau nak pilih company yg mana satu?
Ni ada tip yg aku dapat drp pembacaan:
1. Pilih syarikat yg besar dan dah lama beroperasi. Melambak syarikat MLM besar kat Malaysia ni. Boleh rujuk kat website DSA (direct selling Association) Malaysia. Apa? Syarikat besar dan dah lama dah ramai org masuk? Prospek dah tepu?. Korang silap. Kalau diberi pilihan tempat kerja di Petronas atau syarikat cap ayam, yg mana satu korang pilih? So aku takyah jawab la...
2. Syarikat tu mesti la mempunyai Leader yg bagus yg dapat membimbing distributor yg baru. Lagi ramai lagi bagus.
3. Produk yg ditawarkan mesti la barang yg org ramai selalu pakai dan beli. Maknanya ada repeat sale. Tiap2 bulan org mesti beli produk tu. Contohnya brg keperluan rumah spt ubat gigi, sabun, syampoo dan makanan kesihatan spt Vitamin dan byk lagi. Sebut je MLM ramai yg bagi alasan takde masa la, sibuk la, dah buat tak jadi la, malu la, tak pandai cakap la dan 1001 mcm alasan. Kalau aku nak tulis sampai esok tak habis. Tapi aku setuju yg MLM ni bukan untuk semua orang. So, tepuk dada tanya diri...

Monday, December 7, 2009
Sunday, December 6, 2009
Duit, duit...dimana kau duit
Duit bukan segalanya tapiiiiii...kita perlukan duit untuk kesinambungan hidup.
Persoalannya...banyak manakah duit yg kita perlukan? Adakah simpanan hari tua dah cukup? Dana pelajaran untuk anak2 mcmana? Kalau jadi apa2 sekarang mcmana? Pening kepala nak fikir semua tu...
Mcmana? Dah fikir banyak mana duit yg korang nak? Biar aku jawab la...Aku nak kumpul RM1M pada umur 45. By that time Hafiz nak masuk U kalau ada rezeki dan RM5M masa pencen nanti. Fuyohhh...ambitious giler....boleh dapat ke ni???????
Aku percaya...kalau ada kesungguhan pasti ada jalan...doakan aku...Aminnn
Macamana nak merealisasikan impian aku ni? Org kata kalau makan gaji jgn mimpi la nak dapat banyak tu. Kalau nak kena berniaga. Tapi nak buat biz apa???

Saturday, December 5, 2009
Hujan oh hujan...
Malam tadi dapat call dr bos. Dia nak report genset untuk tahun 2008 & 2009 bef 9am. Pergghhh...menyighap darah den. Nasib baik semua data dah ada dalam server. Cuma kena edit dan export ke excel. Apo nak di kato. Dah namo eh makan gaji. Ok bosssssss.....
Pagi tadi hujan. Jalan 'jammed'. Ingatkan sekolah tutup jalan clear la. Tak jugak. Pasang lagu Search untuk menghilangkan kebosanan...layannnn
Orang pertama sampai office. Pintu pun tak bukak laei. Sabar yo la. Masa nak bukak lampu tu tengok gak keliling. Bukan apa...paham2 sudah la...golappppp.

Friday, December 4, 2009
Thursday, December 3, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)