Tuesday, December 30, 2008

Jangan bersedih


Kadangkala aku merasakan yang aku tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Sering kali aku keluh-kesah. Keluh-kesah memikirkan perkara yang aku sendiri pun tak tahu! Apa yang tak kena dengan hidupku ini? Apakah yang kurang? Apa yang aku cari selama ni? Adakah wang ringgit yang banyak dapat menyelesaikan kekusutan ini? Ataupun kereta besar, rumah besar!!! Kadang-kadang aku fikir semuanya itu akan membuatkan aku gembira, tapi jauh disudut hatiku ini menyatakan ketenangan jiwa adalah jawapannya.
Di kampung tempoh hari, ayah ku telah menghadiahkan sebuah buku yang bertajuk "Hakikat Insan". Beliau menyarankan supaya aku membacanya. Antara intipati buku itu ialah supaya kita kenal siapa diri kita yang sebenarnya kerana setelah kita kenal diri kita, baru kita kenal siapa penciptaNya. Segala rahsia penciptaNya terdapat di dalam diri manusia. Dan ayahku menyarankan aku supaya mencari. Mencari apa? Aku sendiri pun tak tahu.....!!!!
Pesanan untuk diriku, bertafakur dan bersyukurlah. Ingatlah segala nikmat dan kurnia yg dianugerahkan oleh Allah. Nikmat yg meliputi dari atas kepala hingga ke tapak kaki. "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat mengiranya."

Monday, December 29, 2008

Al-Fatihah



Aku mendapat perkhabaran ttg kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dr sahabatku di Pinggiran Batu Caves. Pada masa tu aku sedang sibuk di kampung untuk persiapan kenduri Tahlil yang akan diadakan selepas solat Mahgrib. Sebagai anak jati Negoghi, den sedikit sebanyak teghaso yo sodeh ee. Yang pasti, seluruh anak jati negeri sembilan pasti sodih dengan kemangkatan beliau. Hari ni seperti biasa den akan lalu Pilah untuk balik ke KL. Den menjangkokan jalan akan sosak terutamo sekali kek area Sri Menanti. Sangkaan den meleset. Jalan yg den sangkokan akan jam akibat org ramai berpusu-pusu untuk memberikan penghormatan terakhir longang seperti takdo apo-apo berlaku. Tapi yg ponting,Semoga roh Almarhum akan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman, Amin.

YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 11.45 pagi semalam. Baginda berusia 86 tahun. Jenazah Almarhum baginda ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat Asar. Pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru akan diumumkan esok sebelum jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar disemadikan di makam diraja Seri Menanti.

Sunday, December 28, 2008

cuti - cuti Malaysia...Cherating


Cuti sekolah kian sampai ke penghujungnya..tapi tidak sehari pun aku bawa keluarga pergi bercuti..kesian juga aku tengok..atas inisiatif isteriku, pagi khamis aku sekeluarga bertolak ke Kuantan..harapan untuk Hafiz & Syafiq mandi laut di Teluk Chempedak tidak kesampaian kerana hujan turun sepanjang hari..walaupun sekadar hujan renyai-renyai, tapi aku melarangnya untuk turun ke tepi pantai atas alasan takut demam..apa da!!..datang jauh-jauh alih-alih tak boleh turun mandi laut..itulah agaknya yg dikatakan dalam hati diorang berdua tu..disebabkan hujan, aku sekeluarga pergi ke East Coast Mall..jalan-jalan cari makan & window shopping...
Keesokan harinya kami sekeluarga pergi ke pantai Cherating..perjalanan ke sana lebih kurang 30 minit..Hafiz dah bising bila nak sampai ni...tak sabar betul diorang berdua tu nak mandi laut..selang 5 minit mesti dia tanya bila nak sampai..tak sabar dah ni..hehe..dalam hati aku berkata, bertuah budak-budak sekarang nak apa je semua dapat..kecik-kecik dah dapat mandi laut..aku dah tua baru merasa...