
Tahun ini, CNI memperkasakan daya saingnya dengan melancarkan Program Pembangunan Usahawan TEKUN-CNI, sebuah projek pembangunan sumber manusia untuK melahirkan lebih ramai usahawan muda. Sejajar dengan itu, Majlis Perlantikan Usahasama Strategik Rakan Niaga TEKUN Nasional telah diadakan di PWTC pada 12 Februari baru-baru ini bagi penyerahan surat perjanjian yang disaksikan oleh bekas Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin.
Pelancaran program ini menandakan lembaran baru perjuangan CNI. Program ini menawarkan serentetan latihan dan kursus khas untuk para pesertanya yang diadakan secara berperingkat-peringkat di bawah bimbingan mentor yang komited dan profesional. Peluang-peluang perniagaan tanpa batas pula tersedia menerusi produk-produk bermutu CNI & insentif-insentif yang lumayan. Budaya korporat CNI yang berasaskan nilai prihatin & inovatif pula akan dapat melahirkan usahawan-usahawan CNI yang bermutu tinggi dan ruang perniagaan yang lebih besar.
No comments:
Post a Comment